Rabu, 20 Julai 2011

GIZI DAN NUTRIEN (Bab 1)

NAMA:SITI NURAMALINA BINTI ISMAIL
NO MATRIK:201101044
KOS:DIPLOMA KECANTIKAN DAN KESIHATAN
PENSYARAH:SIR JAMIRUL SINAIL



DEFINISI NUTRIEN
Definisi Nutrien ialah zat makanan yang mengandungi pada setiap kelas makanan yang boleh membekalkan tenaga untuk menggalakkan tumbesaran,membaiki tisu-tisu dan menjana metabolisma. Terdapat 7 nutrien iaitu karbohidrat,protein,lemak,vitamin,garam mineral,air dan pelawas. Makanan mengandungi tenaga,zat makanan(nutrien) dan komponen lain yang memberikan kesan kepada kesihatan. Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak di makan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Zat makanan boleh diperolehi dari buah-buahan,sayur-sayuran,daging,susu,bijiran dan lain-lain. 

NUTRIEN DAN KECANTIKAN
Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien untuk membesar,bergerak,bermain berfikir dan belajar. Keperluan nutrien dan kalori setiap individu adalah berbeza mengikut faktor umur dan paras aktiviti fizikal mereka. Kalori adalah tenaga yang membekalkan setiap jenis makanan. Kalori boleh didapati dalam setiap kelas makanan iaitu dalam karbohidrat,lemak,vitamin,protein,serat dan air. Setiap orang memerlukan kalori yang cukup untuk membekalkan tenaga,belajar dan sebagainya. Keperluan kalori dan nutrien bergantung pada peringkat umur dan tahap aktiviti fizikal. contohnya:- Kanak-kanak yang sedang membesar tenaga wanita dan lelaki memerlukan kalori yang berbeza dengan golongan warga emas kerana mereka tidak banyak melakukan aktiviti dan mereka juga akan kehilangan selera makan. Kanak-kanak remaja dan wanita pada peringkat  reproduktif perlu memakan-makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi.Contohnya daging,ayam,sayur-sayuran,buah-buahan dan sebagainya. Pemakanan atau zat yang terdapat daripada makanan boleh mempengaruhi fungsi otak dan kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain,otak kita boleh berfungsi dengan menggunakan sumber protien,asid amino,lemak,karbohidrat,vitamin dan garam galian yang diperoleh daripada makanan yang dimakan. Ia bertujuan unyuk melibatkan pengambilan pemakanan untuk pencegahan dari penyakit dan merawat keadaan,biasa digunakan oleh pakar-pakar nutrisi dan doktor. Kekurangan vitamin dalam badan boleh mengakibatkan kekurangan daya tahan atau antibody,ia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit atau mudah untuk dijangkiti penyakit.

KEPENTINGAN DALAM BIDANG KECANTIKAN
Nutrien atau zat makanan seimbang penting untuk kesihatan dan kecantikan untuk memiliki tubuh badan menawan,haruslah mengambil kira aspek pemakanan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan. Untuk membekalkan tenaga dan kulit yang cantik perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air berperanan sebagai pelawas dan melancarkan perkumuhan,vitamin C dan vitamin E diperlukan oleh kulit untuk membentuk kulit yang cantik dan berseri. Ia bertindak sebagai anti oksida dan anti penuaan.

PELUANG PEKERJAAN  DALAM BIDANG KECANTIKAN DAN KESIHATAN
Beauty Therapist Beauty Consultant food Consultant

PUSAT KECANTIKAN DAN KESIHATAN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan